Persiapan

 

Assalamualaikum w.b.t
Pembuka bicara sebagai seorang muslim. Itu bezanya muslim dan bukan muslim. Dua hari yang lepas, saya sempat berpesanan ringkas dengan seorang kenalan. Sungguh dia seorang yang terlalu berilmu. Alhamdulillah. Segalanya dapat dikongsi. Pesanan pendek olehnya, buat aku terfikir sejenak, Allah banyak yang perlu diperbaiki dalam diri ini. 

Percaya kan, kita ini hanyalah sebagai pelakon di atas bumi ALLAH yang indah. Sedar atau tidak kita, bahawa dunia ini pinjaman semata mata. Kita siapa mahu menentang ALLAH? Bijakkah kita untuk mengatur segalanya yang DIA tetapkan? Sungguh, perjalanan hidup, segalanya telah diatur cantik olehNYA. ALLAH sayang akan hambaNYA. Namun, kita pula sebagai hambaNYA sudah cukupkah amalan? tidak. Masih banyak yang perlu diisi. Iman dalam dada masih tidak penuh.

Persiapan diri ini mengadapNYA bagaimana? Takut tak kita dengan seksaan azab kubur dan api neraka? ALLAH ! Sungguh azab. 

"Aku mohon padaMU Ya ALLAH, kau berikanlah aku hidayah. Dan setelah kau berikan aku hidayah janganlah kau palingkan hati aku. Sungguh aku takut Ya ALLAH. Amin Ya Rab"

Peringatan ini buat diri dan semua.

Alhamdulillah,Terima Kasih Semua

No comments:

Post a Comment

copyright2014.minashukri