Saya sayang ibu ayah

Assalamualaikum w.b.t,
Kasih ibu sampai ke mati, kasih ayah tidak terbelah bahagi
Tahu kah kita semua, ibu ayah sayang akan anak anaknya. Tatang bagai minyak yang penuh. Dari kecil hingga besar. Sebagai anak, pernahkah kita terfikir untuk membahagiakan mereka ketika hayat mereka. Mereka tidak minta dibalas jasanya dengan wang, tapi hanya sedikit kejayaan yang membanggakan. Penat lelah ayah, bekerja siang dan malam, mencari wang untuk pelajaran anak, makan dan minum. Tidak kenal erti lena. Saat ibu solat, ibu selalu menadah tangan berdoa untuk anak anaknya. Bangun di pertengahan malam untuk solat sunat dua rakaat apabila anak anak menghadapi peperiksaan. Tahukah kita kejayaan kita hari ini, adalah doa dari ibu dan ayah, ALLAH makbulkan doa ibu dan ayah. Kita berterima kasih atau tidak pada mereka. Ingat lagi waktu sakit kita, ibu ayah tidak tidur hanya untuk menjaga kita. ALLAH, sayang sungguh ibu ayah pada kita. Adakah kita ini, punya niat untuk tidak menjaga ibu ayah pada hari tua mereka? Jangan sekali punya niat itu. Tidak kasihan kah kita, tidak sayang kah kita pada ibu ayah kita. Kenapa kita tidak bisa menjaga mereka pada hari tua mereka? Payahkah tugasan itu? Bila kita berjaya, kembalilah pada fitrah, tanpa ibu ayah, siapa kita? 
"Bila tidur malam, renunglah dinding dan fikir sejenak, apakah dosa kita sehari hari pada ibu ayah?" - Ini pesan umi pada saya.

Berkata 'ah' sedikit pun sudah dikira derhaka, inikan pula marah pada mereka.
'Sayangi mereka ketika hayat mereka'
Anda,saya, kita adalah anak soleh dan solehah, Insya ALLAH.
Mina

Alhamdulillah,Terima Kasih Semua

No comments:

Post a Comment

copyright2014.minashukri