Kehilangan


Kehilangan itu perit
Kehilangan itu sakit
Hati tertanya
Kenapa kadang ujianMU ini
Sungguh berat?
Tapi bila aku sedar
Allah tidak akan beri ujian 
Pada hambaNYA
jika kami tidak bisa hadapi

Wahai Sayang,
Menangislah hari ini
sepuasnya
Agar hari esok kamu semua
bangkit
Teruskan hidup
Ujian ini besar
Hikmah jua pasti besar
di hadapan.

Wahai Sayang,
Jadikan segala ujian ini
Ubat untuk kamu bangun
meneruskan hidup yang lebih baik
menginsafi diri
Bahawa mati itu pasti

Wahai Sayang,
Aku sayang
Kamu semua.

note: Alfatihah buat arwah, Mohd Hafiedz Harun, Saifuddin Harun dan Adam Danial Hafiedz. Perginya mereka, membuat kami semua hiba. Kehilangan kamu, hilangnya ceria. Namun, doa jua serangkap yasin buat arwah tanda ingatan serta sayang pada semua. Semoga roh dikalangan orang orang yang Soleh. Semoga tenang di sana. Ya ALLAH Ya Rabbi, Sesungguhnya aku mohon padaMU. Limpahilah rahmatMU buat mereka. Amin Ya Rob.



Alhamdulillah,Terima Kasih Semua

No comments:

Post a Comment

copyright2014.minashukri