Hati ini.

Jam Enam.
Duduk beralas simen
Sejuk, Hujan renyai
BBM dengan Alynn
Tiba tiba tersentak hati
Tanya pada diri
Aku hidup ini untuk apa?
Bukan untuk beribadah padaNYA?
Kerja aku apa?
Mengadap talifon 24/7

Sore tadi
BBM dengan Mak cik
' Jangan letak seribu harapan pada sesuatu yang tidak pasti, nanti sakit'
' Iya, Along cuba. Insya ALLAH'
Terasa hati kecil ini. Rasa kecil 
'Kalau mereka tidak berminat, along undur diri'
'Doa pada yang SATU, minta petunjukNYA'

Hitung hitung
Yang memang benar benar 
aku taruh sepenuh harapan
Sepanjang hidup
Cuma dua manusia
Dia dan Dia
Tapi satu pun
Aku takut, takut nanti hati pecah berderai jatuh
Dan tidak bersambung kembali
ALLAHUAKABAR!
Tiba tiba tersedar
Tiba tiba rasa baru berpijak di bumi nyata
Aku ini cinta pada sesuatu
Tanpa tahu yang rasa itu
ALLAH bagi
Apa aku cinta dia lebih dari aku cinta pada ALLAH

Termenung sampai tembus dinding
Mina, jangan.
Tolong jangan sakitkan hati lagi
Boleh?
Sekarang biar harapan kau
50 / 50 sahaja
Boleh?
" Nanti kau sakit, siapa susah? Kau selalu kan. Mati pada lelaki? "

Mina







Alhamdulillah,Terima Kasih Semua

No comments:

Post a Comment

copyright2014.minashukri