Habis


Bismillahirrahmanirrahim.
Dua minggu habis
Dan Alhamdulillah
Wahai hati, terima kasih
kau makin kuat 
dan berdiri di bumi juga kau mampu
Biarpun, disudut hati jauh itu
Masih terasa sayu 
Namun, hati juga berkata
"mina, its over! Dan kau kena tahu
ALLAH itu tidak akan uji HambaNYA
jika HambaNYA tidak mampu menghadapinya.
Dan mina, ini ujian untukmu supaya kau
berubah menjadi lebih baik. Dan, kau juga
perlu ingat, apa yang jadi itu hanyalah persinggahan
sementara untuk kau mendapat yang lebih baik.
Kun Fayakun. Kan. Luh Mahfuz, semua telah tercatat
janji kau dengan Maha Pencipta"

'O' ALLAH,
KAU bantulah aku dalam mencari jodoh ku
KAU permudahkanlah urusan jodohku
KAU jodohkanlah aku dengan dia yang soleh
baik serta menerima baik buruk aku.
KAU berikanlah aku jodoh yang boleh
membimbing aku didunia hingga ke akhiratMU
Dan jika aku berkahwin, zuriatkanlah aku
dengan zuriat yang soleh solehah.
Amin Ya Robbi'

Impian aku satu
Biarlah jodoh aku itu seperti baba,
yang menghargai ummi ku sepanjang hayatnya.
Juga mencintai ummi ku siang dan malamnya
tanpa penat lelah.

Cepat cepat.
Kalau memori otak aku ini ada butang hapus
sudah lama pasti aku hapus nama kamu
buang terus jauh jauh.
malah mungkin dari mula lagi,
aku akan sekat kamu untuk 
masuk dalam hidup aku dan merosakkan
segala wayar wayar dalaman aku
Tak mengapa,
aku akan hapus kamu
perlahan perlahan
aku janji !
Mina




Alhamdulillah,Terima Kasih Semua

No comments:

Post a Comment

copyright2014.minashukri